Islamic Widget

Monday, November 9, 2009

Usik-usik

Gambar 1


Gambar 2
Gambar 3

Wednesday, November 4, 2009

HARI MINDA NIAGA 2009

Nama sekolah : Sekolah Kebangsaan Changkat Tualang, 31610 Kota Bharu, Gopeng, Perak
Anjuran :
1. Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Changkat Tualang
2. Kelab Kemahiran Hidup
Nama program : Hari Minda Niaga 2009 (Hari Kantin)
Tarikh : 31 Oktober 2009
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi – 3.00 petang
Tempat : Sekolah Kebangsaan Changkat Tualang
Nombor kelulusan JPN : Bil. (44)dlm. J.Pel.Pk.Pend.A3/SK
Pendahuluan :
Hari Minda Niaga merupakan program utama Kelab Kemahiran Hidup sempena Hari Keusahawanan Sekolah. Program ini dicetuskan atas dasar memberi pendedahan dunia niaga kepada murid-murid sekolah yang mempelajari Kemahiran Hidup dalam bidang Perniagaan dan Keusahawanan. Program ini disokong oleh pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).


Latar belakang :
Hari Minda Niaga ini merupakan Hari Kantin Sekolah. Hari Minda Niaga ini merupakan program kali ke tiga sekolah ini. Penglibatan murid merupakan wajib untuk memberi pendedahan dunia niaga kepada mereka. Untuk menjayakan program ini, ia dirancang dan diusahakan oleh kakitangan sekolah dan PIBG sekolah dan dibantu oleh murid.

Matlamat :
Memberi pendedahan dunia niaga kepada murid sekolah

Objektif :
1. Mengeratkan tali silaturrahim antara penduduk kampung dengan pihak sekolah.
2. Memperkenalkan dunia perniagaan kepada murid
Rasional :
Hari Minda Niaga ini adalah rentetan daripada pembelajaran dan pengajaran murid tahun 4,5 dan 6. Segala ilmu dunia perniagaan diperkenalkan kepada murid dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Murid-murid dapat mempraktikkan ilmu yang dipelajari dalam matapelajaran ini pada Hari Minda Niaga ini.


Gerai Jualan Lemang



Gerai Jualan Bundle


Gerai Jualan Air










Thursday, August 20, 2009

Thursday, January 1, 2009

Sahabat

sahabat,
Kita seumpama dari satu keluarga,
Meredah kerenah manusia,
Dalam memartabatkan bangsa,
Sahabat,
Jangan disebut erti kalah,
Menangkan hatimu yg gundah,
Walaupun tiada lg hari yg indah,
Sahabat,
Walaupun kita terpisah,
Berpisah kita kerana Allah,
Tuhan yang kita sembah,
Sahabat,
Doaku agar kau selamat,
Disanubari kenangan tersemat,
Agar kita semakin erat,
Sahabat
Berpisahlah dgn tenang,
Ada kelapangan dtglah bertandang,
Ingatlah kami di sk changkat tualang...