Islamic Widget

Thursday, May 22, 2008

Mutiara kata

"Orang yang berbahagia itu ialah orang yang mengambil pengajaran daripada orang lain”
- Abdullah Bin Mas’ud -
“Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir”

- Abdullah Ibnu Abbas-
“Seperti halnya karat memakan besi, demikianlah pula iri hati memakan manusia”

- Anisthenes -
“Setiap orang memiliki kelebihan dan kekurangan yang tidak dimiliki oleh orang lain”

- Arcele Ari Tandy -
“Air yang terus menerus menitik itu akan dapat menembusi batu walaupun bagaimana kerasnya

batutersebut”
“Anda akan berasa betapa menyesal tidak mempunyai wang tetapi anda akan lebih menyesal jika

tidak mempunyai pengetahuan”

Sekolah Kebangsaan changkat Tualang











Kemeriahan hari Guru SK Changkat Tualang







Puisi Hari Guru

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segalaumat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negaraJ
ika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.J
adilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmuPanggilan keramat "cikgu"
kekal terpahatMenjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG1979