Islamic Widget

Friday, November 5, 2010

Selamat Datang ke Sk Changkat Tualang

Kami warga SK Changkat Tualang mengucapkan selamat datang kepada Guru Besar iaitu En. Shahrom Bin Hussien yang menggantikan Hj. Abd. Aziz Bin Hj. Harun yang telah bersara.Semoga dengan kehadiran beliau dapat memartabatkan lagi SK Changkat Tualang.Kami warga SK Changkat Tualang akan memberikan sepenuh kerjasama untuk sama-sama memajukan lagi SK Changkat Tualang.InsyaAllah....

Tuesday, October 19, 2010

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2010


Majlis Jamuan Hari Raya

Tarikh : 24 september 2010
Tempat : Dewan SK Changkat Tualang
Kehadiran :Guru-Guru & Staf SKCT,Murid-murid SKCT,PIBG SKCT,Ibu bapa & warga kampung.
Menu : Mee Jawa,Lemang,Rendang,Nasi Himpit,kuih-muih dan buah-buahan.

JASAMU DIKENANG


BIODATA GURU BESAR

Nama: Hj. Abd. Aziz Bin Hj. Harun
Umur : 56 Tahun
Tarikh Lahir : 9 Ogos 1954
Tempat Lahir : Batu Gajah,Perak
Hobi : Bercucuk Tanam
Moto :Hendak Seribu Daya,Tak Hendak Seribu Dalih
Makanan Kegemaran: Ikan Segar
Minuman Kegemaran: Air Buah-buahan
Nama Isteri: Pn. Salauwiah Bt Zainuddin
Anak : 1 Lelaki, 4 Perempuan







Wednesday, October 13, 2010

PERKHEMAHAN JATI DIRI 2010


HARI PERKHEMAHAN JATI DIRI 2010
Tarikh: 30 Julai 2010 hingga 1 Ogos 2010
Hari: Jumaat hingga Ahad
Tempat: Sek.Keb.Changkat Tualang

Tujuan perkhemahan diadakan adalah untuk melengkapkan program tahunan sekolah dan juga meningkatkan motivasi serta jati diri individu sebagai seorang pelajar.
Semua murid tahun 4,5 dan 6 WAJIB menyertai perkhemahan ini.Perkhemahan ini juga terbuka untuk murid Tahun 3.

AJK PERKHEMAHAN

PENGERUSI
Tn.Hj Abdul Aziz Bin Harun

NAIB PENGERUSI
En.Jaswan Singh A/L Puran Singh (GPK KOKO)
En. Mohd Hasnul Hisham Bin Hanafi@Ngah (GPK PENTADBIRAN)

PENYELARAS/KOMANDER
Mohd Syaifur Bin Berhanordin (GPK HEM)

PENOLONG PENYELARAS/PENOLONG KOMANDER
En. Mohd Fakru Bin Abdullah

SETIAUSAHA
Pn. Haslindar Bt Ismail

BENDAHARI
Pn. Zaila@Nur Fadhilah Bt Hamza

BUKU PROGRAM
Cik Izan Daleila Zuhra Bt Azaudin

DISIPLIN/KEBERSIHAN/KESELAMATAN
En. Jaswan Singh A/L Puran Singh
Semua Guru


Tuesday, May 11, 2010

Tenaga Pengajar SK Changkat Tualang


Haji Abd. Aziz Bin Haji Harun(Guru Besar)

Mohd Hasnul Hisham Bin Hanafi (Guru Kanan Pentadbiran)

Mohd Syaifur Bin Berhanordin(Guru Kanan Hal Ehwal Murid)

Jaswan Singh A/L Puran Singh(Guru Kanan Kokurikulum)

Mohd Fakru Bin Abdullah(Guru Pendidikan Islam)

Rahmah Bt Redzwan(Guru Sains)

Liliwati Bt Abd. Majid(Guru Bahasa Inggeris)

Zalila@Fadhilah Bt Hamza(Guru Bahasa Melayu)

Norihan Bt Ab Rahman(Guru Sains)

Nur Amalina Bt Mohamad Razali(Guru j-QAF)

Haslindar Bt Ismail(Guru Bahasa Melayu)

Salina Bt Abdul Ghafar(Guru Matematik)

Izan Daleila Zuhra Bt Mohamad Azaudin(Guru Pemulihan)




STAFF

Shamsudin Bin Othman (Pembantu Am Pejabat)

Suhaiza Bt Said (Pembantu Tadbir)

Tuesday, March 23, 2010

Sambutan Maulidur Rasul SK Changkat Tualang

Pada 12 Mac 2010,SK Changkat Tualang telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah.Pelbagai aktiviti diadakan untuk murid-murid sempena sambutan ini.Antaranya ialah Kuiz,tazkirah,selawat berarak mengelilingi kampung,pertandingan mewarna dan Islamic Treasure Hunt.Di harap dengan adanya sambutan dan aktiviti ini,murid-murid dapat menerapkan nilai-nilai keislaman dalam diri.Terima kasih diucapkan kepada guru-guru dan warga SKCT yang bersama-sama menjayakan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.

Wednesday, February 10, 2010

Projek Dodol 2010


Projek Dodol kali pertama bagi sesi 2010 telah diadakan pada 6/2/2010.Tujuan projek ini adalah untuk mencari dana untuk tabung PIBG sekolah.Guru-guru dan AJK PIBG telah bergabung tenaga untuk menjayakan projek ini.Alhamdulillah,dodol yang dihasilkan mendapat sambutan yang menggalakkan dan permintaan yang tinggi sehingga tidak mencukupi.InsyaAllah,SKCT akan mengadakan projek dodol kali kedua dalam masa yang terdekat bagi memenuhi permintaan.


kacau jagan tak kacau.....


fuhh...semangat....



Dodol sudah siap.....


Proses mencuci kawah....

Bergambar setelah penat mengacau dodol