Islamic Widget

Tuesday, September 23, 2008

Guru-guru SK Changkat Tualang

Guru-Guru Lelaki


Guru-guru Perempuan




Guru-guru Lelaki:
1)Mohd Syaifur b. Berhanordin
2)Mohd Fakru b. Abdullah
3)Mohd Hasnul Hisham b. Hanafi@ Ngah
4)Jaswan Singh A/L Puran Singh

Guru-guru perempuan:
1)Izan Daleila Zuhra bt Mohamad Azaudin
2)Liliwati bt Abd. Majid
3)Zaila@Nur Fadhilah bt Hamza
4)Norihan bt Ab Rahman
5)Shuzanna bt Shoib
6)Rahmah bt Redzwan
7)Suriati bt Uda Saad

Friday, September 19, 2008

Pengisian/aktiviti Bulan Ramadhan






Murid-murid bertadarus beramai-ramai.


























Pertandingan Tulisan Jawi.Diadakan pada setiap hari
persekolahan di dalam bulan
Ramadhan.


Persaraan Guru Besar..


Selamat bersara Tn.Hj Ridzuan b.Hj Ismail.Pada 8 September 2008 yang lepas adalah tarikh terakhir Tn.Hj Ridzuan berada di SK Changkat Tualang.Beliau akan bersara dari perkhidmatannya.Kami di SK Changkat Tualang akan merasakan kehilangan beliau.Beliau sperti ayah kepada kami semua.Kami mengucapkan semoga beliau terus maju dan bahagia di samping keluarga tercinta.JASA CIKGU TAKKAN KAMI LUPAKAN.









Friday, September 5, 2008

Sambutan Kemerdekaan

Pada 29 ogos yang lalu.sk Changkat Tualang mengadakan kemuncak sambutan kemerdekaan peringkat sekolah.Sambutan ini diharap dapat meningkatkan lagi tahap patriotisme dlm diri murid-murid.
























































Wednesday, August 27, 2008

Persekolahan bermula...

Minggu ini persekolahan bermula seperti biasa setelah cuti selama seminggu.Semasa cuti kelas tambahan untuk tahun 6 berjalan seperti biasa.Pada Jumaat ini,sekolah akan mengadakan sambutan kemuncak Kemerdekaan.Pelbagai aktiviti telah diaturkan.Semoga sk changkat tualang akan lebih maju dan berjaya.Insya-Allah.

Thursday, July 17, 2008

Slide Perkhemahan Jati Diri 2008

Perkhemahan Jati Diri...


Pada 11 hingga 13 Julai yang lalu,SK Changkat Tualang telah mengadakan Perkemahan Jati Diri yang bertempat di Kem Hanifa,Jahang,Gopeng.Sepanjang perkhemahan tersebut segala aktiviti berjalan lancar,cuma hujan pada malam kedua menyebabkan semua khemah dipenuhi air.Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program perkhemahan ini.Semoga murid-murid SK Changkat Tualang yang menyertai perkhemahan ini mendapat pengalaman manis dan menarik serta dapat menimba pengetahuan yang lebih luas lagi..HOOOREEYY..

Aneka ragam...





































Gambar-gambar menarik semasa perkhemahan..
















Tuesday, July 15, 2008

Tuesday, July 8, 2008

Catatan Terkini...

Pelajar Tahun 4,5,6 Sekolah Kebangsaan Changkat Tualang akan mengikuti perkhemahan jati diri di Kem Hanifa,Gopeng pada 11-13/07/2008.Program ini anjuran SK Changkat Tualang yang diselaraskan oleh Cikgu Izan dan Cikgu Syaifur.Selamat Berkhemah.....

Thursday, July 3, 2008

Monday, June 30, 2008

http://www.blogger.com/
CommentEstate.com: Click Here To Get One
Fat Loss">myspace code
CommentEstate.com: Click Here To Get One

Doa Perpisahan

(khas untuk cikgu Farah dari murid-murid SK Changkat Tualang)
Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi
Di Atas Jalinan Yang Suci
Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua
Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu
Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini
"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama.
SemogaAllah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. TeruskanPerjuangan"
Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu
Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu
Semoga Tuhan Berkatimu

SELAMAT TINGGAL CIKGU FARAH


Hari ini 30/06/2008 adalah hari terakhir Cikgu Farah di SK Changkat Tualang.Cikgu Farah menggantikan Cikgu Suriati yang cuti bersalin.Pelajar dan guru-guru SK Changkat Tualang memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap yang mengguris perasaan.Kami doakan Cikgu Farah berjaya dalam hidup dan apa jua lapangan yang diceburi.SELAMAT MAJU JAYA dari warga SK Changkat Tualang.

Kalau ada sumur diladang,
boleh kami menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
boleh kita berjumpa lagi
.
Saya Fatin Munirah wakil daripada kelas tahun 4 ingin mengucapkan selamat tinggal kepada Cikgu Farah Diba yang telah mengajar kami bersungguh-sungguh.Ketika cikgu tidak lagi disini jangan lupakan kami.Kami akan sentiasa mengingati cikgu.Kalau ada masa,datanglah jumpa kami."Usah tangisi akan perpisahan sebaliknya tangisi akan pertemuan.Tanpa pertemuan,maka tiadalah perpisahan."
Daripada:
-Noor Shahira
-Nurul Noor Shafika
-Fatin Munirah
-Siti Nor Syarmilia

Wednesday, June 11, 2008




SEJARAH SK CHANGKAT TUALANG

Sk Changkat Tualang yg pd permulaannya dikenali sebagai Sekolah Melayu Changkat Tualang,mula beroperasi pd tahun 1928.Bangunan asal sekolah ini bermula dari bangunan panjang berdinding papan dan beratap rumbia.Bangunan tersebut kekal dan tlh digunakan selama 15 tahun.Kemudian kerajaan Inggeris bercadang mendirikan bangunan tetap tetapi tidak dapat didirikan kerana kedatangan tentera Jepun.pd Tahun 1942,persekolahan diteruskan di rumah sewa dari Allahyarham Tuan Hj Abd Rahim b. Hj Abd Hamid,Allahyarham En. Itam b. Abd Rahman dan Allahyarham En Mohd Sham bin Kulup Sudin.Pd awal tahun 50an sebuah bangunan lg didirikan di tapak sekolah sekarang secara gotong-royong.Akhirnya,pd tahun 1954 sebuah cawangan tlh didirikan lg bg menampung murid-murid yang semakin bertambah.pd tahn 1966 sebuah bangunan separuh batu telah didirikan dan dirasmikan oleh Yang Berhormat En Mohd Khair Bin Johari,Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu.Mulai tahun 70an hingga ke hari ini SK Changkat Tualang terus mengalami dan menerima arus permodenan."BERUSAHA TERUS BERJAYA"

BERITA TERKINI

SK Changkat Tualang akan mengadakan Hari Terbuka Sekolah pada 13/06/2008 (Jumaat).Ibu bapa diminta hadir bagi mengambil buku pelaporan murid bagi peperiksaan pertengahan tahun 2008 yang berlangsung baru-baru ini.Harapan pihak sekolah agar ibu bapa dapat hadir bagi membolehkan mengetahui tentang tahap pelajaran anak masing-masing dan juga boleh berbincang dengan guru bagi kebaikan anak-anak mereka.

projek keceriaan Sk Changkat Tualang


Projek pondok bacaan yang disiapkan secara gotong-royong diketuai oleh Cikgu Hasnul.





Mural yang dilukis oleh Kak Jah






mural yang dilukis oleh Teacher Lili






Mural Yang disiapkan oleh cikgu Farah.