Islamic Widget

Sejarah

Sejarah SK Changkat Tualang

Sk Changkat Tualang yang pada permulaannya dikenali sebagai Sekolah Melayu Changkat Tualang,mula beroperasi pada tahun 1928.Bangunan asal sekolah ini bermula dari bangunan panjang berdinding papan dan beratap rumbia.Bangunan tersebut kekal dan telah digunakan selama 15 tahun.Kemudian kerajaan Inggeris bercadang mendirikan bangunan tetap tetapi tidak dapat didirikan kerana kedatangan tentera Jepun.Pada Tahun 1942,persekolahan diteruskan di rumah sewa dari Allahyarham Tuan Hj Abd Rahim b. Hj Abd Hamid,Allahyarham En. Itam b. Abd Rahman dan Allahyarham En Mohd Sham bin Kulup Sudin.Pada awal tahun 50an sebuah bangunan lagi didirikan di tapak sekolah sekarang secara gotong-royong.Akhirnya,pada tahun 1954 sebuah cawangan telah didirikan lagi bagi menampung murid-murid yang semakin bertambah.Pada tahun 1966 sebuah bangunan separuh batu telah didirikan dan dirasmikan oleh Yang Berhormat En Mohd Khair Bin Johari,Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu.Mulai tahun 70an hingga ke hari ini SK Changkat Tualang terus mengalami dan menerima arus permodenan."BERUSAHA TERUS BERJAYA"