Islamic Widget

Monday, June 30, 2008

SELAMAT TINGGAL CIKGU FARAH


Hari ini 30/06/2008 adalah hari terakhir Cikgu Farah di SK Changkat Tualang.Cikgu Farah menggantikan Cikgu Suriati yang cuti bersalin.Pelajar dan guru-guru SK Changkat Tualang memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap yang mengguris perasaan.Kami doakan Cikgu Farah berjaya dalam hidup dan apa jua lapangan yang diceburi.SELAMAT MAJU JAYA dari warga SK Changkat Tualang.

Kalau ada sumur diladang,
boleh kami menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
boleh kita berjumpa lagi
.
Saya Fatin Munirah wakil daripada kelas tahun 4 ingin mengucapkan selamat tinggal kepada Cikgu Farah Diba yang telah mengajar kami bersungguh-sungguh.Ketika cikgu tidak lagi disini jangan lupakan kami.Kami akan sentiasa mengingati cikgu.Kalau ada masa,datanglah jumpa kami."Usah tangisi akan perpisahan sebaliknya tangisi akan pertemuan.Tanpa pertemuan,maka tiadalah perpisahan."
Daripada:
-Noor Shahira
-Nurul Noor Shafika
-Fatin Munirah
-Siti Nor Syarmilia

No comments: