(khas untuk cikgu Farah dari murid-murid SK Changkat Tualang) Pertemuan Kita Di Suatu Hari Menitiskan Ukhwah Yang Sejati Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi Dugaan Yang Menimpa Diri Bersabarlah Di Atas Suratan Ku Tetap Pergi Jua Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu Ya Allah Bantulah Hamba Mu Mencari Hidayah Daripada Mu Dalam Mendidikkan Kesabaranku Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu Di Atas Perpisahan Ini "Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini. Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. SemogaAllah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. TeruskanPerjuangan" Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu Ya Allah Bantulah HambaMu Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu Menjadi Ingatan Setiap Waktu Tanda Kemesraan Bersimpul Padu Kenangku Di Dalam Doamu Semoga Tuhan Berkatimu
Hari ini30/06/2008adalah hari terakhirCikgu Farahdi SK Changkat Tualang.Cikgu Farah menggantikanCikgu Suriatiyang cuti bersalin.Pelajar dan guru-guru SK Changkat Tualang memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap yang mengguris perasaan.Kami doakan Cikgu Farah berjaya dalam hidup dan apa jua lapangan yang diceburi.SELAMAT MAJU JAYAdari warga SK Changkat Tualang.
Kalau ada sumur diladang, boleh kami menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi.
Saya Fatin Munirah wakil daripada kelas tahun 4 ingin mengucapkan selamat tinggal kepada Cikgu Farah Diba yang telah mengajar kami bersungguh-sungguh.Ketika cikgu tidak lagi disini jangan lupakan kami.Kami akan sentiasa mengingati cikgu.Kalau ada masa,datanglah jumpa kami."Usah tangisi akan perpisahan sebaliknya tangisi akan pertemuan.Tanpa pertemuan,maka tiadalah perpisahan."
Sk Changkat Tualang yg pd permulaannya dikenali sebagai Sekolah Melayu Changkat Tualang,mula beroperasi pd tahun 1928.Bangunan asal sekolah ini bermula dari bangunan panjang berdinding papan dan beratap rumbia.Bangunan tersebut kekal dan tlh digunakan selama 15 tahun.Kemudian kerajaan Inggeris bercadang mendirikan bangunan tetap tetapi tidak dapat didirikan kerana kedatangan tentera Jepun.pd Tahun 1942,persekolahan diteruskan di rumah sewa dari Allahyarham Tuan Hj Abd Rahim b. Hj Abd Hamid,Allahyarham En. Itam b. Abd Rahman dan Allahyarham En Mohd Sham bin Kulup Sudin.Pd awal tahun 50an sebuah bangunan lg didirikan di tapak sekolah sekarang secara gotong-royong.Akhirnya,pd tahun 1954 sebuah cawangan tlh didirikan lg bg menampung murid-murid yang semakin bertambah.pd tahn 1966 sebuah bangunan separuh batu telah didirikan dan dirasmikan oleh Yang Berhormat En Mohd Khair Bin Johari,Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu.Mulai tahun 70an hingga ke hari ini SK Changkat Tualang terus mengalami dan menerima arus permodenan."BERUSAHA TERUS BERJAYA"
SK Changkat Tualang akan mengadakan Hari Terbuka Sekolah pada 13/06/2008 (Jumaat).Ibu bapa diminta hadir bagi mengambil buku pelaporan murid bagi peperiksaan pertengahan tahun 2008 yang berlangsung baru-baru ini.Harapan pihak sekolah agar ibu bapa dapat hadir bagi membolehkan mengetahui tentang tahap pelajaran anak masing-masing dan juga boleh berbincang dengan guru bagi kebaikan anak-anak mereka.
Hari ini persekolahan penggal kedua telah bermula .Aktiviti sekolah berjalan seperti biasa.7.30 -8.15 Perhimpunan Rasmi sekolah.Pengajaran dan Pembelajaran berjalan lancar.Latihan Nasyid untuk Pertandingan Kesenian Islam Peringkat Zon yang akan diadakan pada Hari Selasa 10 Jun 2008 di SK Tualang Sekah.