Islamic Widget

Wednesday, November 11, 2009

RIMUP 2009

Seminar 1 malaysia RIMUP 2009 yang disertai oleh SK Changkat Tualang dianjurkan bertujuan merialisasikan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia mewujudkan perpaduan murid antara kaum.Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan ataun RIMUP diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan untuk menjalin semangat perpaduan dan kerjasama murid di antara kaum dalam pelbagai bidang.Seminar diajurkan oleh Pengerusi Kelompok,SK Kota Baharu dengan gabungan SJK(C) Lawan Kuda Baru dan SJK(T) Ladang Kota Bahroe.Ia berlangsung pada 10 November 2009 bertempat di Dewan SJK(C) Lawan Kuda Baru,Gopeng.Seminar ini dikendalikan oleh Pegawai-pegawai dari Pejabat Kebudayaan Dan Kesenian Negeri Perak.SK Changkat Tualang yang bukan ahli kelompok tersebut turut serta dalam seminar ini untuk melaksanakan Program RIMUP 2009 yang dipertanggungjawabkan.





No comments: